Cara Buat Minyak Urut

cara buat minyak

Bersambung lagi dari bahagian ilmu mengurut. Sekadar perkongsian ilmu sahaja. Ok, bila masuk je bab mengurut tak lepas punya dari cerita penggunaan minyak yang digunakan untuk menggosok atau mengurut yang bertujuan untuk melicinkan, kalaulah tak pakai minyak alamatnya melelaslah kulit tu disebabkan kekesatan.

Minyak urut ada pelbagai kategori, ada yang diperbuat dari bahan tumbuhan, kulit atau daun dan ada juga yang diperbuat daripada haiwan contonya kambing gurun, lintah, burung but-but dan sebagainya.

Cara untuk membuat minyak akar kayu

Bahan-bahan

1. Minyak kelapa tanak - biasanya guna kelapa hijau (bukan kelapa muda warna hijau tu) nama dia kelapa hijau.

2. Minyak lenga (bijan)

3. Campuran serbuk akar kayu, iaitu akar tongkat ali, akar haji samad, akat setunjang bumi, akar teja lawang, akar tengkok biawak, akar sakar, akar mek dak, akar pak mulut, akar elex besi, akar elex tembaga. (kenal ke semua ni? ni kena belajar bab khasiat tumbahan tradisional pulak)

4. campuran lada hitam, bunga cengkeh, jadam, lengkuas kering, hadas pedas dan hadas manis.

5. burung but-but

6. burung ciak

7. serai wangi

Cara memproses

Burung but-but dan ciak disembelih (nanti akan dicerita tentang bagaimana nak dapatkan burung but-but nih), dicabut bulunya dan dibersihkan. Lada hitam bunga cengkeh, hadas palas, hadas manis dan lengkuas kering yg telah dijemur, digoreng tanpa minyak selama lima minit.

Kemudian masukkan minyak lenga, minyak kelapa dan serbuk akar kayu. Biarkan mendidih hingga minyak betul-betul masak kira-kira satu jam. Sebelum minyak diangkat dari api, serai wangi yang dititik dimasukkan ke dalam supaya minyak berbau wangi.

Kegunaan:

Untuk menurut sambil memulihkan penyakit ganguan saraf, seperti sakit pinggang, lenguh-lenguh badan, terseliuh dan sebagainya. Boleh juga untuk merawat luka-luka kecil atau sakit akibat gigitan serangga.

Koleksi Ilmu Dulu-Dulu (KiDD) biasanya kalau mengurut akan menggunakan minyak nyor hijau yang dimasak sendiri tanpa apa-apa campuran sebabnya aroma sejati dia tu yang bestnya.


P/s: InsyaAllah, nanti akan bersambung buat minyak lintah pulok (kasik power sikit)

Sebelum mengambil dan beramal mohon baca kat sini dulu PENTING





Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+

Related : Cara Buat Minyak Urut

  • Ibu Doa dan Cara Memasinkan DoaIbu Doaأعوذ باالله من النارومن شر الكفارومن خارب الجبارأعذة الله واليوم الاخروماهم بمؤمنينA ‘u zubillahi minan narwa min syarril kuffarwa min Khoribil jabbaru ‘izzatilla ...
  • Ayat Halimunan bagi Nabi Muhammad s.a.wSekadar HiasanHendaklah dibaca takkala dekat dengan tempat musuh atau takkala hendak berjalan melalui tempat musuh, Insyaallah musuh tidak melihat kepada kita.Ayat ini ...
  • Al Quran Penawar Segala Penyakitالسلام عليكمSetiap penyakit ada penawarnya1. Penyakit Barah atau kenserBaca dan amalkan surah Al MukminunAyat 91 hingga 100 2. Penyakit Kencing ManisBaca dan amalkan sur ...
  • Belajar Silat Dalam MimpiSekadar HiasanSebelum tidur baca:-- Al Fatihah 3x- Surah Al Ikhlas 3x- Surah Al Falaq 3x- Surah An Nas 3x- Al Fatihah 1xInna lillahi wainna ilaihi rojiu'nYa Allah Ya Tuh ...
  • Hizbul JanSekadar Hiasanقصمت عليكم يأيها الجن والشياطينوالإمر الذى فى هذ المكان إن شرف بهنبسلام مقداره وله مزر  الوها  ×3    ألأعجل  ×3  السعئتو  ...